SEJARAH SEKOLAH
PERMULAAN HINGGA TAHUN 1941
Sekolah ini mula-mula sekali ditubuhkan dalam tahun 1895 dengan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Acheh. Bangunan yang mula-mula sekali di sekolah ini adalah berasal daripada bekas rumah pasung yang telah didirikan oleh kerajaan
BANGUNAN ASAL DIDIRIKAN DI ATAS LOT 335 MK.10
yang dijaga oleh 3 orang mata-mata sahaja. Memandangkan kepada keadaan yang aman dan jarang-jarang berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kampong Sungai Acheh ini, maka rumah pasung tersebut dijadikan bangunan sekolah sebagai asas permulaan bagi murid-murid di kawasan I ni belajar secara bersekolah.
{Read More}
Waktu mula-mula sekolah ini di dirikan, ianya terletak di atas sekeping tanah Lot 335, Mukim 10, Sungai Acheh, Nibong Tebal. Luasnya 50 kaki X 20 kaki dan mengandungi dua buah bilik, sebuah bilik untuk murid-murid belajar dan sebuah lagi sebagai rumah Guru Besar. Guru Besar yang mula-mula sekali bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Jabit. Pada masa permulaan sekolah ini jumlah muridnya tidak sampai 21 orang. Itu pun hanya murid-murid lelaki sahaja. Usaha-usaha mengumpul murid-murid untuk dipersekolahkan adalah dengan kehendak Ketua Kampung ini dan beberapa orang tua-tua yang bersetuju diadakan sebuah sekolah untuk anak-anak mereka pada masa itu.
Dalam tahun 1895 bilangan penduduk di sini terdiri daripada orang-orang melayu yang jumlahnya kira-kira 60 hingga 70 buah rumah sahaja. Kebanyakkan rumah mereka ini terletak di Kampung Tengah, batas Pinang, Sungai Setar, Sungai Bakau dan sedikit-sedikit dari Sungai Udang. Tidaklah dapat hendak dibayangkan bagaimana sukarnya murid-murid berulang – alik ke sekolah tiap-tiap hari oleh kerana jalanraya belum dibina, tiada titi untuk menyeberangi parit dan sungai, tambahan pula sepanjang jalan semak dengan hutan-hutan pokok resam dan jeruju bercampur rumpun-rumpun pokok pial yang sangat tebal di tempat-tempat kediaman mereka. Kadang-kadang basah kuyup waktu mereka sampai di sekolah kerana terbolos ke dalam Lumpur yang penuh diliputi oleh rumput laut dan sebagainya. Inilah satu daripada sebabnya ibu bapa berat hendak melepaskan anak-anak mereka datang ke sekolah, walaupun mereka memikirkan pelajaran itu patut juga diberi kepada anak-anak untuk masa depan mereka.


